Sunday, 5 April 2020
Pengabdian yang
mutlak kepada Allah Yang Maha Esa itu dalam
merupakan bahagian yang
pertama daripada rukun Islam yang utama; dibuktikan
dengan syahadah LA ILAAHA
ILLALLAH; manakala menatang-terima kaifiah
dan cara melakukan pengabdian
itu daripada Rasulullah SAW adalah merupakan
bahagian yang kedua daripada
rukun utama itu, yang dibuktikan dengan
syahadah MUHAMMADUR
RASULULLAH, sebagaimana yang kita huraikan di
bawah tajuk "LA ILAAHA
ILLALLAH ialah panduan hidup."
Pengabdian yang mutlak kepada Allah
Yang Maha Esa itu dalam bentuk
mempertuhankan Allah sahaja
dalam segi akidah, ibadah dan syariat. Yang
demikian maka setiap orang
Islam tidak boleh beriktikad bahawa sifat ketuhanan
(uluhiyah) itu ada pada yang
lain daripada Allah SWT, dan dia tidak boleh
beriktikad bahawa ibadat itu
perlu dilakukan kepada sesiapa pun dari kalangan
makhlukNya; seperti juga dia
tidak boleh percaya bahawa kekuasaan memerintah
dan membuat undang-undang itu
adalah kepunyaan seorang yang lain daripada
Allah, seperti yang telah
kita huraikan sebelum ini.
Kita telah terangkan mengenai erti
dan maksud pengabdian - dan
kepercayaan, undang-undang
dan kekuasaan, maka di dalam huraian ini kita akan
kupas pula soal erti dan
maksud "kekuasaan memerintah" dan hubungannya
dengan soal kebudayaan.
Sesungguhnya erti dan maksud
"kekuasaan memerintah" di dalam konsep
Islam tidaklah hanya terbatas
di dalam bidang menerima undang-undang dan
syariat daripada Allah
sahaja, dan kerelaan menerima hukumNya berdasarkan
undang-undang dan syariat itu
sahaja, juga melaksanakan hukum dan undangundang serta keputusan dengan berasas
dan berpandu kepada-Nya sahaja; sebab
maksud "syariat" di
dalam Islam itu tidaklah terbatas di dalam lingkungan
undang-undang sahaja, juga
tidak hanya di didalam dasar dan sistem
pemerintahan sahaja; bahkan
pengertian sesempit ini tidak dapat mencakup
konsep "syariat"
mengikut kehendak Islam.
Sebenarnya "Syariat Allah"
itu meliputi segala sesuatu yang telah diatur
oleh Allah untuk mengurus
hidup umat manusia. Ini merangkumi dasar iktikad,
dasar pemerintahan, dasar
mengenai diri peribadi atau individu, dan juga dasar
kebudayaan merangkumi
persoalan iktikad dan konsep; ia merangkumi soal
hakikat ketuhanan, hakikat
alam seluruhnya, baik yang ghaib mahupun yang
nyata, dan hakikat hidup,
baik yang ghaib mahupun yang nyata, juga hakikat
manusia itu sendiri, dan
hakikat pertalian segalanya itu dengan manusia.
Ia merangkumi juga soal
bentuk politik, sosial dan ekonomi dan dasar-dasar
bagi semuanya itu; bagi
membolehkan "ubudiah kamilah" itu menjelma di
dalamnya; supaya
terlaksanalah "pengabdian yang jitu" kepada Yang Maha Esa.
Ia menjelma di dalam
undang-undang yang mengatur realiti hidup
manusia: iaitu yang biasa
disebut dan dinamakan "syariat" atau "undang-undang"
mengikut pengertian yang
sempit dan tidak.merangkumi maksud yang sebenar.
la juga menjelma di dalam
pokok-pokok ajaran mengenai moral dan tata
susila, juga di dalam
nilai-nilai yang mempengaruhi masyarakat, yang menjadi
pegangan umat manusia dan
menjadi ukuran bagi semua kejadian di dalam hidup
bermasyarakat.
Seterusnya ia menjelma di
dalam segenap aspek "kebudayaan" dan kegiatan
fikiran, juga di dalam
kegiatan seni.
Adalah menjadi anggapan umum bahawa
soal perundangan sahaja yang
mesti ditatang terima
daripada Allah SWT tetapi sebenarnya bukanlah soal
perundangan itu sahaja yang
mesti ditatang terima daripada Allah, bahkan
seluruh aspek, termasuk
ekonomi, susila, kebudayaan juga mesti ditatang terima
daripada Allah SWT.
Kita percaya bahawa huraian Kita
yang lalu mengenai "kekuasaan
memerintah" yang
mengandungi masalah kekuasaan melaksanakan pemerintahan,
perundangan Dan sebagainya,
sudah cukup jelas dan difahami oleh para pembaca.
Tetapi masalah kaedah-kaedah
moral dan tata susila, mengenai nilai-nilai yang
mempengaruhi masyarakat,
mungkin belum difahami sepenuhnya; kerana nilainilai dan kaedah-kaedah moral
yang mempengaruhi masyarakat mana-mana
masyarakat pun adalah
mempunyai hubungan secara langsung dengan
kepercayaan hidup dan iktikad
yang mempengaruhi masyarakat itu sendiri.
Boleh jadi ganjil rasanya -
hatta kepada pakar-pakar penyelidik hal Islam
sendiri pun - soal
mempertahankan kegiatan berfikir dan kegiatan kesenian
kepada konsep Islam dan
kepada sumber yang berasaskan ketuhanan.
Mengenai kegiatan kesenian,
telah pun diterbitkan sebuah buku yang
lengkap (karangan Prof.
Mohammad Qutub, bernama "Minhah Alfan Al-Islam"
atau "kurikulum kesenian
Islam") yang mengupas persoalan itu dengan memakai
konsep bahawa kegiatan
kesenian seluruhnya adalah pengolahan secara insan
mengenai konsep dan tindak
balasnya manusia itu sendiri, dan mengenai konsep
wujud dan hidup, yang
menjelma di dalam jiwa manusia. Ini semua dapat
mencetuskan konsep Islam yang
meliputi seluruh aspek kejadian, jiwa dan hidup,
dan hubungannya dengan Tuhan
Pencipta seluruh alam ini, Pencipta jiwa dan
kehidupan dan meliputi juga
konsep mengenai hakikat manusia, mengenai tempat
dan posisinya di dalam alam
ini, mengenai tujuan hidupnya, mengenai tugas dan
kewajipannya dan mengenai
nilai-nilai hidupnya. Semuanya ini tercantum di
dalam lingkungan konsep
Islam, yang bukan hanya berupa konsep secara mutlak
sahaja, malah ia adalah
konsep yang berbentuk akidah yang dinamis juga cetusan
fikiran yang menguasai tubuh
dan urat saraf manusia.
Masalah perlunya dirujukkan kegiatan
fikiran manusia kepada konsep
Islam, bagi melaksanakan
pengabdian seluruhnya kepada Allah, perlulah kita beri
penjelasan, kerana masalah
ini merupakan suatu masalah yang asing dan ganjil di
kalangan para pembaca di
zaman ini, hatta di kalangan orang-orang Islam sendiri.
Sesungguhnya orang Islam
tidak boleh sekali-kali mencedok dan menerima
masalah yang khusus mengenai
akidah dan konsep umum terhadap wujud ini,
atau yang khusus mengenai
ibadat, mengenai keperibadian dan perjalanan hidup,
mengenai nilai-nilai dan
dasar-dasar sistem politik, sosial, ekonomi, atau mengenai
kegiatan manusia dan sejarah
kemanusiaan daripada sumber yang mana pun yang
asing daripada sumber Ilahi.
Seseorang muslim tidak boleh belajar semuanya ini
melainkan melalui seorang
muslim yang dipercayai keteguhan iman dan taqwanya
yang menghayati Islam dalam
segenap aspek hidupnya.
Sebaliknya setiap orang muslim itu
boleh mencedok dan belajar ilmu-ilmu
yang berkaitan dengan sains,
seperti kimia, biologi, falak, perubatan dan
pertukangan, pertanian dan
kaedah-kaedah pentadbiran (dari segi seni tadbir
sahaja), soal peperangan dan
cabang-cabang ilmunya, seperti tektik dan teknik dan
sebagainya, iaitu ilmu yang
sejenis dengan yang disebutkan ini, dia boleh
mencedok dan belajar
ilmu-ilmu itu sama ada dari seorang muslim atau pun dari
orang bukan muslim walaupun
pada asalnya lagi telah ditetapkan, bahawa bila
sahaja masyarakat Islam itu
didirikan, maka telah disuruh dan diarahkan supaya
masyarakat itu berusaha
seboleh-bolehnya memenuhi semua keperluan dalam
semua bidang itu, yang wajib
sebahagian anggota masyarakat ini mempelajari dan
mendalami selok belok segenap
ilmu itu, dan berdosalah seluruh anggota
masyarakat sekiranya terdapat
sebarang kekosongan. Andainya keperluankeperluan itu telah dipenuhi pun dan
masyarakat Islam sudah punya segala
kelengkapannya, seorang Islam
itu masih dibolehkan belajar ilmu pengetahuan
yang bersifat sains itu
daripada muslim atau bukan muslim, dan juga boleh
menggunakan tenaga muslim
atau tenaga bukan muslim, menggaji orang Islam
atau orang bukan Islam,
kerana sebenarnya hal itu termasuk di dalam urusan yang
disebut oleh Rasulullah SAW:
"Kamu lebih mengerti tentang urusan
keduniaanmu" ( )انتم اعلم بأموردنياكمsebab soal ini tidak ada sangkut pautnya dengan
pembentukan konsep manusia
muslim, tiada kena mengena dengan masalah
hidup, dengan masalah alam
dan manusia, mengenai matlamat hidup manusia
dan juga mengenai hakikat
tugas manusia di dunia ini dan mengenai hubungan
manusia dengan alam semesta
dan juga mengenai hubungannya dengan Tuhan
Seru Sekalian alam. Ia juga
tidak kena mengena dengan undang-undang,
peraturan dan realiti hidup
manusia, baik secara individu atau pun secara
berkelompok dengan demikian
tiada ancaman gelincir akidah dan tiada ancaman
kembali murtad meninggalkan
akidah Islam yang telah dianutinya.
Adapun masalah yang berkaitan dengan
pengertian segenap aktiviti
manusia, sama ada secara
individu atau bermasyarakat, iaitu perkara-perkara yang
berkaitan dengan pandangan
kepada diri manusia itu sendiri, dan kepada "aktiviti
perkembangan sejarah
manusia" dan juga masalah bagaimana mulanya kehidupan
ini, bagaimana mulanya alam
ini terjadi, bagaimana mulanya manusia ini
dijadikan, dari segi
metafisik, maka persoalannya adalah sama dengan persoalan
masalah yang mengenai
undang-undang, mengenai sumber kekuasaan yang
mengatur seluruh kehidupan,
kerana ia langsung mengenai akidah dan konsep,
maka tidak bolehlah seorang
Islam itu mencedok atau mempelajarinya melainkan
melalui seorang muslim yang
dipercayai keteguhan iman dan taqwanya dan juga
diyakini dia menerima secara
langsung daripada Allah SWT, iaitu Rasulullah SAW
dan dia mengetahui pula
bahawa itu adalah salah satu logik ubudiah kepada Allah
Yang Maha Esa ataupun logik
syahadah LA ILAAHA ILLALLAH dan
MUHAMMADURRASULULLAH.
Seorang muslim itu
kadang-kadang ada juga yang mempelalari kesan-kesan
aktiviti jahiliyah, bukan
dengan tujuan supaya ia mempengaruhi konsep hidup dan
pengetahuannya di dalam semua
urusan itu, cuma untuk diketahui sejauh manakah
jahiliyah itu telah
menyeleweng dan mengetahui pula bagaimana dia dapat
memperbetulkannya dengan
jalan membawanya kembali kepada asasnya yang
sebenar mengikut konsep dan
hakikat akidah Islam.
Sesungguhnya haluan seluruh
"falsafah", dan haluan seluruh "pentafsiran
sejarah manusia," serta
haluan seluruh "ilmu jiwa," selain daripada beberapa detail
tertentu, begitu juga haluan
seluruh "perbandingan agama" dan seluruh "pandangan
dan isme-isme
kemasyarakatan," kecuali hasil yang berdasarkan research dan statistic,
di dalam fikiran ala
jahiliyah, baik dulu mahupun sekarang, adalah terpengaruh
secara langsung dan konsep
jahiliyah yang hampir seluruhnya bertentangan dengan
konsep agama, terutama dengan
konsep Islam.
Perkembangan fikitan di dalam
bentuk ilmu seperti ini tidak serupa dengan
perkembangan fikiran di dalam
bentuk ilmu yang bercorak sains semata-mata, seperti
ilmu kimia, biologi, falak,
fizik dan ilmu perubatan serta ilmu-ilmu lain yang sama
dengannya, selama ia masih
tertakluk kepada hasil kajian yang praktikal dan
berdasarkan perangkaan yang
betul, tanpa melampaui sempadan tugasnya dari cuba
membuat tafsiran secara
falsafah dalam bentuk yang bagaimana sekalipun, seperti
yang dilakukan oleh teori
DARWINISME yang bertopengkan alasan kajian praktikal
dalam membuat suatu
kesimpulan di bidang ilmu hayat - sedangkan alasan yang
dikemukakannya itu tidak lain
dari alasan yang bersumber dari hawa nafsu sahaja -
dengan mengemukakan
kesimpulan kononnya tidak perlu diberi perhatian kepada
wujudnya suatu tenaga ghaib
di luar alam nyata dalam membuat tafsiran terhadap
pertumbuhan dan perkembangan
kehidupan ini.
Sebenarnya setiap Muslim itu
mempunyai cukup bahan yang bersumber dari
usaha dan kajian manusia
sejak berabad-abad lamanya menjadi kerdil dan tidak
bernilai bila dibandingkan
dengan penjelasan Ilahi tadi.
Sesungguhnya kisah tentang
"kebudayaan untuk seluruh umat manusia" yang
tidak mengenal batas negeri,
bangsa dan agama adalah suatu kisah yang tepat bila ia
dikaitkan dengan soal ilmu
pengetahuan sains dan dengan hasil penyelidikan yang
berdasarkan fakta dan
statistik, tanpa memasuki ruangan tafsiran secara falsafah dan
metafizik kepada hasil ilmu
seluruhnya, tidak juga kepada tafsiran secara falsafah
mengenai diri manusia,
mengenai aktiviti dan sejarahnya, juga mengenai soal seni
sastera dan soal-soal yang
mengenai perasaan. Para pembaca harus faham bahawa
cerita itu sebenarnya adalah
suatu jebak yang dipasang oleh faham Yahudi antara
bangsa, yang begitu berminat
hendak menghapuskan sekatan itu, terutama sekatan di
dalam soal-soal yang mengenai
akidah, dengan tujuan meresapkan pengaruh Yahudi
menembus setiap ruang
kehidupan di dunia ini, membawa ajaran syaitan dan iblis,
dalam bentuk sistem ekonomi
berdasarkan riba, pemerasan dan penghisapan darah,
yang akan membawa akibat
bahawa seluruh hasil tenaga kerja umat manusia di
dunia ini akan berpusat di
dalam tangan orang-orang Yahudi dan seluruh urusan dan
sistem ekonomi dunia
tergenggam dalam tangan segelintir jutawan Yahudi penghisap
darah.
Di luar daripada persoalan
ilmu sains yang berdasarkan praktikal dan statistik
yang pasti (dikenal juga
dengan nama "ilmu pasti") yang dibolehkan oleh Islam setiap
muslim itu mencedok dan
menimbanya daripada mana-mana sumber pun, sama ada
sumber seorang muslim yang salih
dan taqwa atau seorang muslim yang kurang salih
dan taqwa, pun juga dari
seorang bukan muslim, dan Islam mengiktiraf ilmu itu
sebagai milik seluruh umat
manusia, sebagai alat meneroka kemajuan alam - maka
Islam hanya mengenal dua
sahaja bentuk kebudayaan dan ilmu pengetahuan, iaitu:
Pertama :
Kebudayaan/ilmu
pengetahuan Islam: iaitu ilmu yang bersumber daripada
asas dan konsep Islam. Ilmu
pengetahuan Islam meliputi segenap aktiviti fikiran dan
realiti hidup manusia, yang
mempunyai kaedah dan dasar tersendiri bagi menjamin
berkembangnya aktiviti itu
selama-lamanya.
Kedua :
Kebudayaan/ilmu
pengetahuan jahiliyah, iaitu kebudayaan yang
mempertahankan fikiran
manusia sebagai ganti Tuhan.
Perlu benar kita ketahui dan sedari
bahawa dasar praktikal dan statistik yang
menjadi dasar kemajuan dan
perkembangan industri di Eropah sekarang ini pada
asalnya tidaklah lahir dan
tumbuh di Eropah, tetapi sebenarnya ia telah lahir, tumbuh
dan berkembang dengan
pesatnya di Universiti-universiti dan Pusat-pusat Pengajian
Tinggi Islam di Sepanyol dan
negara-negara Islam di sebelah timur, ia lahir dan
berkembang dengan berasaskan
pandangan Islam terhadap alam tetapi
kemudiannya ilmu pengetahuan
itu telah berpindah atau dipindahkan
pangkalannya ke Eropah untuk
terus diasuh dan dihidup suburkan di sana,
sedangkan dunia Islam sendiri
dasar itu, yakni dasar praktikal dan statistik, telah
menjadi kabur dan pudar,
akibat dibiarkan begitu sahaja dan juga akibat daripada
terpisah jauhnya pengaruh
konsep di kalangan umat manusia, sedikit demi sedikit,
disebabkan beberapa faktor
utama, di antaranya ialah serangan daripada pihak
golongan Kristian dan Yahudi.
Di samping itu pihak Eropah sendiri pun telah
memutuskan perhubungan antara
dasar yang ditimba dahulu dengan asas-asas
konsep Islam dan terus
memisahkannya dari sebarang perhubungannya dengan
Tuhan, iaitu ketika umat
Eropah bangkit menentang kekuasaan gereja yang telah
begitu lama menindas umat
manusia dengan berselindungkan nama Tuhan! (suatu
huraian lengkap mengenai ini
boleh didapati di dalam buku karangan penulis -
bernama "hari depan
untuk Islam" ( )المستقبل
لهذاالدبنdi bawah tajuk "berkerat
rotan"
).القصام النكد( Demikianlah nasibnya seluruh hasil fikiran Eropah; sama
senasib dengan
seluruh hasil fikiran
jahiliyah di sepanjang zaman dan di setiap tempat. Ia menjadi
suatu benda yang asing dan
aneh, yang berlainan sama sekali dengan seluruh
dasar konsep Islam, dan
dengan sendirinya bertentangan dengan Islam. Oleh
kerana itu wajiblah setiap
manusia muslim kembali kepada dasar pandangan
Islam sahaja dan jangan
menimba dasar itu daripada sunber-sumber yang lain
daripada sumber ketuhanan
yang menjadi sumber dasar Islam. Dia mesti
menerima dasar itu daripada
seorang muslim yang dipercayai iman dan taqwanya.
Sesungguhnya Islam tidak
mengiktiraf cerita pemisahan di antara "ilmu"
dengan "orang
berilmu" di dalam segenap ilmu yang berkaitan dengan akidah
yang mempengaruhi pandangan
manusia terhadap wujud, hidup dan aktiviti
umat manusia, terhadap
realiti dari terhadap nilai-nilai moral, adat resam dan
seluruh masalah yang
berkaitan dengan diri manusia itu sendiri dan dengan
aktivitinya...
Islam membenarkan seseorang
muslim belajar daripada seorang yang
bukan muslim, atau dari
seorang muslim yang kurang taqwanya di dalam ilmuilmu yang berkenaan dengan
sains, seperti telah dihuraikan tadi, ini boleh
dilakukannya jika tiada atau
sukar didapati seorang muslim yang taqwa, seperti
yang lumrah terjadi sekarang
akibat jauhnya orang Islam dari agama mereka, dari
program agama mereka dan dari
konsep Islam, kebenaran belajar ilmu
pengetahuan seperti ini
adalah bertujuan supaya dia dapat melaksanakan
tugasnya menjalankan khilafah
di bumi. Tetapi Islam tidak membenarkan si
muslim itu menerima masalah
yang mengenai dasar akidah dan fikiran, mengenai
tafsir Al-Quran dan Hadis
Rasulullah serta sejarah hidup Rasulullah, program dan
falsafah sejarah, aliran
fikiran masyarakatnya, dasar-dasar pemerintahannya,
dasar-dasar siasah dan
politiknya, serta sumber kesenian dan kebudayaannya.
Islam tidak membenarkan si
muslim menimba dan menerima ilmu yang berkenaan
daripada sumber yang bukan
Islam dan malah daripada sumber Islam yang tidak
diyakini tentang iman dan
taqwanya.
Sebenarnya penulis sendiri
pun adalah termasuk salah seorang yang telah
menghabiskan empat puluh
tahun umurnya dalam alam pembacaan.
Pembacaannya yang utama ialah
mengenai pengetahuan-pengetahuan
"kemanusiaan" yang
memang menjadi hobinya, tetapi akhirnya dia kembali ke
pangkuan sumber akidah dan
konsepnya sendiri. Di sini didapatinya bahawa
pembacaannya selama ini
terlalu kecil dan kerdil berbanding dengan
perbendaharaan dari sumber
akidahnya yang begitu penuh dan padat. Penulis
sendiri sedar bahawa tiada
jalan lain lagi kecuali menerima sahaja realiti yang
telah dilaluinya dan tidak
menyesali umurnya selama empat puluh tahun yang
telah dihabiskannya itu;
kerana dia dapat mengenal jahiliyah itu dengan
sebenarnya, dapat mengenali
kepalsuannya, kelemahannya, kementahannya dan
sikap angkuhnya yang selalu
membikinnya bertindak seolah-olah kucing berlagak
harimau. Dia mengetahui
dengan jelas dan nyata bahawa seorang muslim tidak
mungkin menemui titik
pertemuaan di antara sumber-sumber Islam dengan
sumber-sumber jahiliyah.
Walau bagaimanapun,
keterangan ini bukanlah hanya sekadar pendapat
peribadi. Masalah ini terlalu
besar untuk diberi fatwa secara perseorangan sahaja.
Akan terlalu berat padanya di
dalam neraca Tuhan seandainya seseorang itu
berlagak sesuka hatinya
dengan hanya memakai pendapat sendiri sahaja. Perintah
Allah dan panduan
Rasul-Nyalah yang jadi pedoman dan kata pemutus. Kita
mesti kembali kepada Allah
dan Rasul, seperti mana orang-orang sebelum kita
telah kembali kepada Allah
dan Rasul-Nya dalam hal-hal yang dipertikaikan
mereka.
Allah telah membongkar
hakikat matlamat terakhir orang-orang Yahudi
dan Kristian terhadap
orang-orang Islam melalui firman ini:
وَدَّ كَثِيرٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُم مِّن
بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّاراً حَسَدًا مِّنْ عِندِ أَنفُسِهِم مِّن
بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ فَاعْفُواْ وَاصْفَحُواْ حَتَّى
يَأْتِيَ اللّهُ بِأَمْرِهِ إِنَّ اللّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya: “Sebahagian besar Ahli
Kitab menginginkan agar mereka dapat
mengembalikan kamu kepada kekafiran
setelah kamu beriman, kerana dengki
yang [timbul] dari diri mereka
sendiri, setefah nyafa bagi mereka kebenaran.
Maka maafkanlah dan biarkanlah
mereka, sampai Allah mendatangkan
perintah-Nya. Sesungguhnya Allah
kuasa di atas segala sesuatu.”
(Al-Baqarah: 109)
Dan:
وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ
مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ
اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا
لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ
Maksudnya: “Orang-orang Yahudi dan
Nasrani tidak akan senang kepada kamu
hingga kamu mengikuti agama mereka.
Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk
Allah itulah petunjuk [yang
sebenarnya]. " Dan sesungguhnya jika kamu
mengikuti kemahuan mereka setelah
pengetahuan datang kepadamu, maka
Allah tidak lagi menjadi pelindung
dan penolong bagimu.”
(Al-Baqarah: 120)
Dan firmanNya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوَاْ إِن تُطِيعُواْ فَرِيقًا مِّنَ
الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ يَرُدُّوكُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ
Maksudnya: Hai orang-orang yang
beriman! jika kamu mengikut sebahagian
dari orang-orang yang diberi
Al-Kitab, nescaya mereka akan mengembalikan
kamu menjadi orang kafir sesudah
kamu beriman.
(Ali-Imran: 100)
Dan hadis:
Ertinya: Rasulullah SAW telah
bersabda, mengikut Al-hafiz Abu Ya'la dari
Hammad, dari Asy-Sya'abi dari
Jabir r.a. (radhial lahu 'anhum): "Jangan sekali-kali
kamu bertanyakan sesuatu
masalah pun kepada orang-orang kafir Ahli Kitab,
sesungguhnya mereka tidak
akan dapat memberi petunjuk kepada kamu sebab
mereka sendiri pun telah
sesat. Kalau kamu buat juga demikian maka kamu akan
berhadapan dengan dua
kemungkinan: iaitu sama ada kamu ikut membenarkan
yang batil, atau pun kamu
mendustakan yang hak; dan sesungguhnya, demi Allah,
seandainya Musa itu masih
hidup bersama kamu sekalian, tidak halal baginya
melainkan selain daripada
mengikut aku."
Setelah diketahui secara jelas
mengenai matlamat orang-orang Yahudi dan
Kristian terhadap umat Islam,
berdasarkan keterangan Al-Quran sendiri, maka
adalah suatu kebodohan,
kedunguan dan ketololan untuk menganggap, walau
sekejap pun, bahawa mereka, ahli
kitab itu (Yahudi dan Kristian) ketika membuat
penyelidikan mengenai sesuatu
masalah yang berkaitan dengan akidah dan
sejarah Islam itu, mereka
berada di dalam keadaan berniat baik, suci hati dan
ikhlas. Begitu juga halnya
bila mereka membuat kajian dari penyelidikan
mengenai sistem masyarakat
Islam, sistem politik dan ekonominya. Kalau masih
ada juga di antara kita orang
yang berbaik sangka terhadap mereka, maka bacalah
firman Allah itu, tepuk dada
dan tanya iman.
Ketegasan yang Allah SWT
berikan berbunyi:
yang memberi erti:
"Katakanlah." "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah
petunjuk (yang
sebenarnya)" adalah merupakan garis pemisah bagi seorang
muslim mengenai masalah yang
penting ini. Allah membuat penegasan dengan
menggunakan bentuk
"QASR" (dari segi ilmu sastera Arab, penggunaan "qasr"
(inna) memberi erti bahawa
penumpuan hidayah adalah kepada Allah sahaja).
Demikian juga perintah yang
tegas telah dikenakan ke atas orang Islam
untuk menentang orang-orang
yang tidak mahu ingat kepada Allah dan
menumpukan perhatiannya
kepada masalah kehidupan dunia sahaja, ditegaskan
bahawa orang yang berbuat
demikian tidak mengerti suatu apa pun selain dari
sangkaan dan ramalan sahaja,
sedangkan seorang muslim itu dilarang keras
mengikut dan mempercayai
sangkaan dan ramalan sahaja, kerana manusia tidak
mengetahui selain daripada
urusan kulit luar dunia sahaja dan tidak mengetahui
hakikat yang sebenarnya.
Firman:
فَأَعْرِضْ عَن مَّن تَوَلَّى عَن ذِكْرِنَا وَلَمْ يُرِدْ إِلَّا
الْحَيَاةَ الدُّنْيَا )
(29ذَلِكَ مَبْلَغُهُم مِّنَ الْعِلْمِ إِنَّ
رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ
بِمَنِ اهْتَدَى )(30
Maksudnya: “Maka berpalinglah [hai
Muhammad] dari orang yang berpaling
dari peringatan Kami dan tidak
mengingini kecuali kehidupan duniawi. ltulah
sejauh-jauh pengetahuan mereka.
Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang paling
mengetahui siapa yang tersesat dari
jalan-Nya dan Dialah Yang paling
mengetahui siapa yang mendapat
petunjuk.”
(An Najm: 29-30)
dan firman:
يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِّنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ
الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ
Maksudnya: “Mereka hanya mengetahui
yang lahir [sahaja] dari kehidupan
dunia, sedang mereka tentang
[kehidupan] akhirat adalah lalai.”
(Ar Rum: 7)
Orang yang lupa menyebut dan
mengingati Allah dan tidak mahukan
sesuatu yang lain daripada
kehidupan di dunia ini sahaja adalah merupakan
contoh dari kehidupan
sebahagian besar "orang terpelajar", kaum intelektual,
cerdik cendakiawan zaman
sekarang. Mereka tidak tahu dan tidak ingin
tahu,selain dari masalah-masalah
lahiriah yang terpampang di hadapan mata
kasar mereka sahaja. Yang
dapat mereka percayai ialah fakta-fakta dan realiti yang
lahir sahaja. Mereka tidak
mahu percaya bila diterangkan mengenai tafsiran umum
terhadap kehidupan dan jiwa,
dan juga bila dibincangkan masalah konsep dan
akidah, mereka akan tutup
telinga dan menganggap remeh. Ilmu daripada orang
alim dan cerdik pandai
sebegini bukanlah termasuk ilmu yang dipuji oleh AHah
SWT di dalam firmanNya:
Maksudnya: "katakanlah: Adakah
sama orang-orang yang mengetahui dengan
orang-orang yang tidak
mengetahui?" seperti yang difahamkan oleh orang-orang
yang dangkal pengertiannya mengenai
tujuan ayat ini, lalu diambilnya ayat ini
menjadi hujah untuk mereka.
Sebenarnya
pertanyaan Allah SWT di dalam ayat tadi telah terjawab dengan
ayat sebelumnya:
أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاء اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ
الْآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي
الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا
يَتَذَكَّرُ أُوْلُوا
Maksudnya: “Apakah kamu orang
musyrik yang beruntung] ataukah orang
yang beribadat di waktu malam
dengan sujud dan berdiri, sedang dia takut
akan [azab] akhirat dan
mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: ‘Adakah
sama orang-orang yang mengetahui
dengan orang-orang yang tidak
mengetahui?’ Sesungguhnya orang
yang berakallah orang yang menerima
pelajaran."
(Az Zumar: 9)
Orang yang bangun beribadat di
tengah malam, hamba Allah yang patuh,
yang sanggup menumpukan
segerap perhatian dan mengerah tenaga,
menyerahkan jiwa raga, di
tengah malam buta, orang yang sanggup mencampak
selimut di tengah kesejukan
malam, sanggup membuka mata di tengah bunyi
dengkur, untuk menengadah ke
langit, mohon setitik air rahmat dan
pengampunan dari Tuhannya,
sambil berlinang air matanya mengenang bahana
azab hari akhirat, suaranya
mendayu-dayu mengharapkan rahmat Ilahi orang
berilmu yang mempunyai sifat
seperti inilah sebenarnya orang berilmu dan orang
terpelajar. Ilmu yang
dimaksudkan oleh ayat ini ialah ilmu yang boleh memandu
ke jalan Allah, kepada
berbakti dan bertaqwa bukan ilmu yang merosakkan fitrah
dan mengingkari Tuhan!
Memang benar bahawa ilmu itu
tidak terbatas di dalam lingkungan ilmu
akidah dan kewajipan beragama
serta hukum-hakam dan peraturan sahaja, sebab
ilmu itu meliputi seluruh
persoalan. Ia bersangkutan juga dengan soal peraturan
dan undang-undang menggunakan
alam dan meneroka kekayaan alam dalam
melaksanakan tugas sebagai
khalifah Allah di bumi ini. Ilmu seperti itu sama perlu
dan mustahaknya dengan ilmu
yang mengenai akidah dan konsep hidup. Tetapi
ilmu yang tidak mempunyai
hubungan dengan asas iman dan akidah bukanlah
ilmu yang dipuji oleh
Al-Quran, ilmu seperti itu akan membikin manusia menjadi
sesat, seperti si buta
kehilangan tongkat dan seperti layang-layang putus tali.
Sebenarnya hubungan terlalu
erat antara konsep iman dengan ilmu-ilmu yang
bercorak sains itu, seperti
ilmu falak, fizik, biologi dan sebagainya semuanya boleh
memandu kepada mengenali
Allah, selama tidak diselewengkan oleh hawa nafsu
dengan tujuan untuk tambah
menjauhkan umat manusia daripada Tuhannya
seperti yang berlaku dalam
dasar kemajuan ilmu pengetahuan di Eropah, akibat
latar belakang pertarungan
antara ilmu pengetahuan dengan pihak penguasa
gereja. Pertarungan itu telah
meninggalkan kesan yang sangat mendalam di alam
fikiran Eropah. Sisa-sisa
dari pertarungan beracun itu menerbitkan kesan yang
malang terhadap konsep
beragama secara keseluruhannya, bukan hanya sekadar
terhadap konsep kegerejaan
dan terhadap fungsi gereja itu sendiri.
Oleh kerana telah terbukti
bahawa konsep fikiran Barat di bidang ilmu
pengetahuan itu ditegakkan di
atas asas sisa-sisa yang beracun tadi, di atas asas
pemisahan sepenuhnya dari
nilai-nilai agama, maka hasil dari fikiran Barat itu
ialah permusuhan dan prajudis
yang tidak putus-putus terhadap konsep Islam,
dan dalam banyak hal ia
sengaja hendak melumpuhkan konsep Islam.
Dengan demikian maka adalah
suatu kealpaan dan kebodohan yang
menggelikan hati kalaulah
konsep fikiran Barat itu hendak dipakai untuk kita,
umat Islam, di dalam membuat
kajian tentang masalah-masalah Islam.
Peningkatan kewaspadaan
amatlah perlu, hatta di dalam masa belajar ilmu-ilmu
yang bercorak sains
semata-mata pun, yang pada ketika ini kita masih terpaksa
menimbanya dari sumber Barat.
Kita harus berwaspada daripada diresapi oleh
sebarang unsur fahaman
falsafah Barat yang memusuhi konsep keagamaan,
khususnya konsep Islam yang
murni ini. Jangan biarkan setitik nila merosakkan
susu kita yang murni.
Post a Comment